3 Bukit di Selangor/KL Yang Sesuai Untuk Hiking Level Beginner
Assalamualaikum. Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt sentiasa.
Alhamdulillah, dah 3 kali weekend kami laki bini pergi hiking. Memang kami dah plan mula training lepas raya puasa. Jadi bulan Jun la kami mula. Untuk permulaan ni, kami pilih bukit level beginner je sebab husband tak biasa buat outdoor activity. Terkejut otot dia nanti.
Bukit Wawasan, Puchong
Ini kali kedua sebenarnya kami hiking Bukit Wawasan. Kali pertama dulu sebelum pkp. Sebab dah pernah naik kami pilih bukit ini sebagai tempat training pertama. Dengan ketinggian 233m sahaja dan track yang sederhana cuma sesekali je pacak sangat sesuai lah untuk beginner yang baru nak belajar hiking. Dari starting point nak ke puncak dalam 45 minit naik dan 45 minit turun.
Dekat sini ada waterfall tau. Tapi kena hiking jauh sikit dalam satu jam lebih untuk sampai ke kawasan waterfall tu. Kami dah pernah sampai masa hiking kali pertama. Best air terjun situ. Kalau first time nak pergi better ajak sesiapa yang dah biasa pergi ok.
Puncak Bukit Wawasan |
Kalau jumpa signboard ni nak sampai dah |
Antara track pacak yang mencabar |
Bukit Sapu Tangan, Shah Alam
Bukit Sapu Tangan ni track dia mostly jalan tar tapi jangan pandang enteng ya. Bukit ni ada 2 entrance, sama ada naik melalui Taman Botani atau melalui Setia Alam. Kami naik melalui Taman Botani. Ada track berbeza ke Tasik Cermin, kami tak explore.
Track Bukit Sapu Tangan ni ya ampun walaupun cuma 204m sahaja, dia punya pacak tu menangis lutut dibuatnya hahaha! Memang sesuai la jadi tempat training mendaki. Beginner tetap boleh hiking sini kalau penat boleh stop tepi rehat dulu. Puncak bukit ini ada binaan kayu yang dah tak boleh naik sebab tangga reput kot.
Next time kami nak explore track sampai ke Tasik Cermin pulak.
Puncak Bukit Sapu Tangan ada binaan kayu ni, tapi sayang reput agaknya tangga dah takde |
Kami naik melalui Taman Botani, ada signboard ke BSP |
Track BSP laluan bertar tapi boleh tahan mencanak juga |
Bukit Gasing, Petaling Jaya
Bukit ni sangatlah famous ya. Terletak di tengah-tengah bandar antara KL dan Selangor. Dalam kawasan bukit ini ada sempadan antara Bukit Gasing, PJ dan Bukit Kerinchi, KL. Ada 2 entrance sama ada melalui pintu gerbang di PJ atau melalui taman dia Bukit Kerinchi. Kami naik melalui pintu gerbang PJ.
Entrance dari PJ |
10 tahun lepas Diba pernah naik a few times. Sekarang dah beza sikit. Entrance proper, cantik dan ada tempat duduk. Track Bukit Gasing banyak bertangga, cuma ada 1-2 tempat je yang pacak, selebihnya mendatar. Bukit Gasing ni ada beberapa trail berbeza tau. Boleh sesat dibuatnya.
Tapi tak la sampai tak jumpa jalan keluar. Sebab kebanyakan orang akan naik dan turun tempat berbeza itu yang confuse. Bila naik dari PJ hiking sampai jambatan gantung Bukit Kerinchi dah lupa track nak balik ke PJ. Siap ada yang ambik Grab balik ke PJ tu hehehe.
Entrance Bukit Kerinchi |
Kalau ikut kata kawan-kawan total distance dalam Bukit Gasing ni boleh cecah 8-10km kalau explore semua trail yang ada. Signboard disediakan dekat setiap simpang yang ada jadi kita boleh tengok ke mana arah kita nak pergi. Make sure ingat jalan balik je. Kalau confuse jugak no worries. Bukit Gasing ni ramai sangat orang hiking dari pagi ke petang so ringankan mulut bertanya ok.
Jambatan gantung dekat entrance Bukit Kerinchi. Banyak kera. |
Banyak signboard dalam ni |
Track bertangga Bukit Gasing |
Powered by Shaklee
Alhamdulillah setakat 3 minggu ni kami tak ada injured apa-apa. Kalaupun kami tak training, aktiviti hujung minggu macam ni memang dah jadi amalan gaya hidup sihat kami berdua. Weekend je mesti cari masa untuk beriadah di luar, hirup udara segar dan cergaskan badan.
Dah tentunya aktiviti kami ni powered by Shaklee. Tak lengkap, malahan bahaya tau kalau aktif bersukan tapi badan tak cukup nutrisi. Antara tips kami elak mengah, penat melampau atau semput waktu bersukan - wajib telan fish oil Omega Guard, Coq-trol dan minum Performance drink. Kemudian minum protein ESP/Cinch dan Vivix.
Fish Oil untuk bantu lancarkan pernafasan, elak semput. Coq-trol energy booster. |
Performance lemon lime, energy drink lengkap 6 jenis elektrolik. |
Memang bertenaga, kaki tak cramp dan muscle recovery lebih cepat.
Jadi kalau uols bercadang nak hiking hujung minggu di sekitar KL/Selangor cuba lah 3 bukit ni ya. All the best! Jom kita sama-sama mula amalan gaya hidup sihat.
Comments
Post a Comment