Posts

Showing posts from July, 2023

Peluang Untuk Bercuti ke Luar Negara Secara Percuma Dengan Shaklee

Image
Assalamualaikum. Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt sentiasa. Shaklee menawarkan 3C untuk semua ahli yang berdaftar dan menjalankan bisnes. Bila sebut tentang compensation plan atau bahasa mudah, apa reward yang company offer kepada distributors yang cukup syarat, selain Cash rewards yang dipatenkan dan tiada had (infiniti) dan Car bonus untuk sepanjang hayat, C yang paling ditunggu-tunggu adalah Convention iaitu trip percuma ke luar negara. Percutian Shaklee terbahagi kepada 2 - International dan Regional. Jadi setahun akan ada 2 kali trip keluar negara secara percuma! Tahun-tahun sebelum ini antara negara-negara yang telah dilawati oleh Trip Qualifiers termasuklah : 2023 - Switzerland & Global Conference USA 2022 - Seoul, Korea 2021 - South Korea (covid) 2020 - South Korea & Switzerland 2019 - Global Conference Las Vegas 2018 - Jepun  2017 - Starcruise Libra, Phuket Thailand Kenapa Mesti Target Percutian Shaklee? 1) Semuanya ditanggung percuma. Biz leader yang la

Tips Travel Roadtrip 3 Hari 2 Malam ke Hatyai Thailand

Image
 Assalamualaikum. Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt sentiasa. Tajuk entry kali ni adalah tips travel roadtrip ke Hatyai. Haa kalau sebut Hatyai sure ramai tahu kan syurga makanan dekat sana. Banyak sangat travel agent open trip ke Hatyai untuk food hunting, sama ada naik train atau naik bas. Tapi saya nak share tips untuk sesiapa yang nak drive sendiri. Jom! 1) Kereta Lebih mudah bawa kereta sendiri (geran kereta nama sendiri) berbanding pinjam atau sewa kereta. Ya, copy geran kena bawak ya nanti kena tunjuk masa que dekat Imigresen. Kalau bukan kereta sendiri, kena ada surat kebenaran dari owner (info ni kurang pasti boleh check sekarang mcm mana). Bila sampai dekat Imigresen Thailand, hanya owner kereta saja yang boleh drive, orang lain kena turun beratur cop passport.  Oh sebelum tu, pastikan beli insurans kereta tau. Malang tak berbau, apa-apa jadi at least ada la coverage sikit. Pastu kalau kereta ada dashcam lebih baik, senang nak buktikan kalau kita tak salah. Park

Tips Bisnes Online Untuk Jana Pendapatan Tambahan

Image
Assalamualaikum. Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt sentiasa. Baru-baru ni saya terbaca satu perkongsian di Facebook yang bertanya sama ada dia patut teruskan kerjanya yang bergaji RM1800 dengan perbelanjaan seperti yang ditulis. Ada salah satu komen yang ditinggalkan pada posting ini, mencadangkan agar beliau berhenti kerja dan mulakan bisnes online dari rumah saja.  Mulanya saya macam nak setuju, tapi bila fikir semula tak perlu berhenti kerja. Gunakan kelebihan bekerja itu untuk jana pendapatan tambahan. Pilihan lain yang beliau ada yang saya suggest - teruskan bekerja, walaupun nampak macam tak berbaloi tapi sabar sekejap DAN mulakan bisnes online. Ya, mulakan bisnes online sambil bekerja , dan hanya berhenti apabila pendapatan dari bisnes makin stabil dan boleh dijadikan pendapatan utama. Tapi nak buat bisnes apa? Jom saya kongsi ciri-ciri dan tips bisnes online yang boleh dibuat. Tips #1 Modal Rendah Bila bercakap tentang bisnes perkara pertama yang dirisaukan adalah

5 Tips Lebih Produktif Ketika Bekerja Dari Rumah

Image
 Assalamualaikum. Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt sentiasa. Sekarang dah banyak syarikat mula amalkan konsep kerja dari rumah atau work from home. Lebih fleksibel dan jimat kos. Tapi berdasarkan pengalaman sendiri yang bekerja dari rumah ketika pandemik Covid-19 dua tahun lepas, ada beberapa tips yang boleh digunapakai untuk kekal produktif. Tips 1 - Buat 'to-do' List Dekat rumah takde bos yang nak pantau kerja kita. Jadi kita sendiri kena jujur dalam jalankan amanah dan tanggungjawab. Buat 'to-do' list kerja-kerja yang perlu disiapkan pada waktu malam sebelum tidur. Jadi esok pagi tepat jam 8 dah boleh mula kerja bukan baru nak fikir apa nak kena buat. Tips 2 - Sediakan Meja dan Ruang Khas Untuk Buat Kerja Ini sangat penting. Pengalaman sendiri, kerja dari rumah rasa janggal sebab takde 'vibes' office. Ye lah dekat rumah kemudahan yang ada terhad tak sama macam pejabat. Jadi create lah satu ruang khas yang paling selesa untuk kita buat kerja. Co