5 Tips Lebih Produktif Ketika Bekerja Dari Rumah

 Assalamualaikum. Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt sentiasa.


Sekarang dah banyak syarikat mula amalkan konsep kerja dari rumah atau work from home. Lebih fleksibel dan jimat kos. Tapi berdasarkan pengalaman sendiri yang bekerja dari rumah ketika pandemik Covid-19 dua tahun lepas, ada beberapa tips yang boleh digunapakai untuk kekal produktif.

Tips 1 - Buat 'to-do' List

Dekat rumah takde bos yang nak pantau kerja kita. Jadi kita sendiri kena jujur dalam jalankan amanah dan tanggungjawab. Buat 'to-do' list kerja-kerja yang perlu disiapkan pada waktu malam sebelum tidur. Jadi esok pagi tepat jam 8 dah boleh mula kerja bukan baru nak fikir apa nak kena buat.

Tips 2 - Sediakan Meja dan Ruang Khas Untuk Buat Kerja

Ini sangat penting. Pengalaman sendiri, kerja dari rumah rasa janggal sebab takde 'vibes' office. Ye lah dekat rumah kemudahan yang ada terhad tak sama macam pejabat. Jadi create lah satu ruang khas yang paling selesa untuk kita buat kerja. Contoh, sediakan meja dan kerusi yang menghadap tingkap boleh nampak view luar.

Tips 3 - Tetap Berhubung Dengan Rakan Sepasukan

Untuk orang extrovert, kerja dari rumah mungkin akan buat mereka rasa demotivated sebab tak dapat berjumpa dengan orang lain. Jadi tetaplah berhubung dengan rakan-rakan sepasukan sama ada melalui whatsapp atau call. Kalau perlu berbincang hal kerja, guna video call. Takdela boring sangat kan?

Tips 4 - Kenalpasti Gangguan dan Cari Solusi

Cabaran kerja dari rumah ni banyak ye. Boleh jadi nak tidur la, asyik ke dapur la, nak kemas rumah la, nak siram pokok, nak tengok tv pun ya! Hahaha. Sebab ini kan rumah kita, dan ini lah benda-benda yang kita biasa buat bila di rumah. Jadi kena selalu ingatkan diri sendiri, walaupun di rumah, waktu itu adalah waktu bekerja. Kalau rasa terganggu sangat segera fikir cara untuk selesaikan.

Tips 5 - Rehat Secukupnya

Antara keburukan kerja dari rumah adalah, bekerja sepanjang masa dari pagi ke malam. Ada sesetengah bos yang tak prihatin tentang masa kerja dan masa peribadi. Malam-malam pun masih nak call tanya tentang kerja kan. Pastikan set boundaries. Waktu rehat, makan dan solat stop buat kerja sekejap. Habis waktu kerja terus tutup laptop dan layan drama Korea yayy! 

Banyak kelebihan kerja dari rumah sebenarnya. Sama juga dengan mereka yang berbisnes dari rumah. Income sama macam kerja di office tapi duduk rumah saja.


Nak dapatkan bimbingan khas cara bina bisnes dari rumah dengan income 5 angka? 



Boleh hubungi saya di talian 016-3334945 (Adibah) atau klik link https://wasap.my/60163334945/bisnesdarirumah



#NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

Comments

Popular posts from this blog

Set Mengandung Shaklee Terbaru 2023 Kolaborasi Bersama Tanamera

Kenapa Saya Memilih Vitamin Shaklee Berbanding Jenama Lain?

Mencari Bisnes Online Terbaik di Malaysia ?