Posts

Showing posts from June, 2023

Petua Hilangkan Jeragat Degil Tanpa Rawatan Laser

Image
Assalamualaikum semua. Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt selalu. Hilang Keyakinan Diri Kerana Jeragat Masalah jeragat ni, memang paling ditakuti oleh setiap wanita. Kalau jeragat yang keluar tu jenis tompok-tompok kecil tak apa lagi, tapi kalau jenis setompok besar dekat pipi nak tengok muka sendiri dekat cermin pun boleh down. Biasanya masalah jeragat ni dirawat dengan kaedah rawatan laser. Tapi kosnya agak mahal, dan tak semua orang sesuai. Ada yang makin gelap jeragat nya. Ada yang kulit sensitif rupanya dah timbul masalah kulit yang lain. Punca utama jeragat adalah sinar UVA dari matahari  Petua Hilangkan Jeragat Tanpa Rawatan Laser Ada petua hilangkan jeragat yang lebih mudah, selamat, kurang risiko dan yang penting jeragat tak berulang lagi. Iaitu matikan akar jeragat dari dalam lapisan kulit. Haa jeragat pun ada akar ke? Yesss! Sebab tu kalau cuma buat rawatan dari luar, jeragat masih boleh muncul semula.  Rawatan dari luar mungkin tak mampu hilangkan jeragat hingg

3 Bukit di Selangor/KL Yang Sesuai Untuk Hiking Level Beginner

Image
Assalamualaikum. Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt sentiasa. Alhamdulillah, dah 3 kali weekend kami laki bini pergi hiking. Memang kami dah plan mula training lepas raya puasa. Jadi bulan Jun la kami mula. Untuk permulaan ni, kami pilih bukit level beginner je sebab husband tak biasa buat outdoor activity. Terkejut otot dia nanti.  Bukit Wawasan, Puchong Ini kali kedua sebenarnya kami hiking Bukit Wawasan. Kali pertama dulu sebelum pkp. Sebab dah pernah naik kami pilih bukit ini sebagai tempat training pertama. Dengan ketinggian 233m sahaja dan track yang sederhana cuma sesekali je pacak sangat sesuai lah untuk beginner yang baru nak belajar hiking. Dari starting point nak ke puncak dalam 45 minit naik dan 45 minit turun. Dekat sini ada waterfall tau. Tapi kena hiking jauh sikit dalam satu jam lebih untuk sampai ke kawasan waterfall tu. Kami dah pernah sampai masa hiking kali pertama. Best air terjun situ. Kalau first time nak pergi better ajak sesiapa yang dah biasa pergi

Pengedar Shaklee Klang Shah Alam Pengalaman 10 Tahun

Image
Assalamualaikum. Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt selalu. Hai, jom kita berkenalan. Nama saya Safiah Adibah. Ada kelulusan Masters in Integrated Construction Project Management. Saya bekerja di sebuah syarikat pembinaan swasta di Shah Alam. Dalam masa yang sama saya juga merupakan pengedar Shaklee yang berdaftar secara sah sejak Jun 2014.  Kenapa Perlu Pilih Saya Sebagai Pengedar Anda? Saya sendiri telah dan masih amalkan hampir kesemua produk Shaklee iaitu rangkaian vitamin, set skincare Youth dan barangan penjagaan rumah organik. Jadi saya sangat arif dan boleh explain tentang setiap satu kelebihan dan fungsi produk dengan baik. Saya adalah certified Shaklee Brand Ambassador! Bermula tahun 2016 ketika saya decide untuk menjadi pengedar Shaklee secara aktif, saya terus daftarkan diri dalam workshop nutrisi. Penting untuk belajar dan faham setiap satu fungsi produk. Selain workshop nutrisi saya pastikan hadir kelas nutrisi percuma setiap bulan yang dibuat di HQ bersama n

Minum ESP Suami Puji Kulit Tak Kusam Macam Dulu

Image
Assalamualaikum. Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt selalu. Alhamdulillah tahun ini dah 9 tahun jadi pengguna produk suplemen Shaklee. Walaupun kali pertama dengar nama Shaklee ni bukan lah 9 tahun lepas, tapi sejak sekolah rendah lagi. Waktu tu Mak kena buat operation buang kedua-dua belah ovari.  SIDE EFFECT OPERATION BUANG OVARI Masa operation tu, umur Mak masih awal 40-an tapi dah ada 9 orang anak Alhamdulillah. Sebab tu doktor nasihat buang ovari. Lepas operation, side effect paling ketara yang diba nampak pada Mak adalah - emosi tak stabil. Memang doktor dah bagitau awal-awal pun. Dan doktor cakap Mak akan lebih cepat nampak tua dari usia sebab dah takde ovari untuk produce hormon, risiko forced menopause dan kebarangkalian tinggi untuk dapat masalah kesihatan seperti sakit jantung, osteoporosis, penyakit neurologi etc. Inilah detik permulaan kami kenal Shaklee. Atas nasihat doktor untuk consume suplemen, sepupu Mak suggest beberapa produk untuk dimakan lepas operatio

Kelebihan Vita Lize Multivitamin Shaklee Inovasi Vitamin 100 Tahun

Image
Assalamualaikum, semoga dalam rahmat dan redha Allah selalu.  Entry yang lepas saya tulis tentang Dr Forrest Shaklee cipta vitalize mineral antara multivitamin pertama di dunia pada tahun 1915 di usia beliau 21 tahun. Kali ini saya nak cerita kenapa kita semua tak boleh skip makan multivitamin Shaklee ini setiap hari. Fungsi Multivitamin 1) Memastikan Kekurangan Nutrien Dipenuhi Nutrition gap bahasa mudahnya. Sebenarnya susah kita pastikan makanan kita makan setiap hari tu cukup nutrisi. Ada kita kira setiap satu berapa gram nutrisi yang ada? Jangankan kira, nutrisi apa yang ada pun kita tak pasti.  2) Meningkatkan Tenaga dan Daya Tahan Pernah tak rasa penat lesu je sepanjang hari? Padahal dah makan kenyang tapi tetap rasa lemau tak bertenaga. Kadang-kadang rasa nak demam je badan tu nak kata buat kerja berat tak pun. Kerja duduk depan komputer je kat office. Ini salah satu tanda badan tak cukup nutrisi. 3) Menguatkan Sistem Imun Multivitamin adalah penyokong utama dalam memperkukuhka

Inspirasi Hidup Dr Shaklee Yang Dijangka Tak Boleh Hidup Lama

Image
Hanya Boleh Hidup 8 Tahun! Semasa Forrest dilahirkan, dia tidak menangis seperti bayi lain. Malah tubuhnya pucat dan biru. Hingga bidan dan doktor terpaksa membuat pelbagai usaha untuk stimulate pernafasannya. Baby Forrest disahkan menghidap penyakit TB, dan doktor yang merawatnya menjangka dia hanya boleh hidup sehingga 8 tahun saja. Bayangkan betapa sedihnya sehingga ayahnya putus asa dan seolah-olah tunggu saja anaknya meninggal. Tetapi ibu Forrest tak nak putus asa. Ibunya mula tukar pemakanan mereka kepada herba-herba yang ada healing properties. Ibu Forrest buat minyak herba yang digunakan untuk mengurut bahagian badan Forrest. Keluarga Forrest Berpindah  Akhirnya bapanya membawa mereka anak beranak berpindah dari kawasan perlombongan ke kawasan perkampungan di Iowa. Di situ mereka lebih dekat dengan alam sekitar. Udara segar dan makanan yang kurang tercemar. Ibunya terus usaha agar anaknya sihat macam anak-anak lain. Walaupun Forrest kaku tidak berdaya tapi ibunya sangat positif