Inspirasi Hidup Dr Shaklee Yang Dijangka Tak Boleh Hidup Lama
Hanya Boleh Hidup 8 Tahun!
Semasa Forrest dilahirkan, dia tidak menangis seperti bayi lain. Malah tubuhnya pucat dan biru. Hingga bidan dan doktor terpaksa membuat pelbagai usaha untuk stimulate pernafasannya. Baby Forrest disahkan menghidap penyakit TB, dan doktor yang merawatnya menjangka dia hanya boleh hidup sehingga 8 tahun saja.
Bayangkan betapa sedihnya sehingga ayahnya putus asa dan seolah-olah tunggu saja anaknya meninggal.
Tetapi ibu Forrest tak nak putus asa. Ibunya mula tukar pemakanan mereka kepada herba-herba yang ada healing properties. Ibu Forrest buat minyak herba yang digunakan untuk mengurut bahagian badan Forrest.
Keluarga Forrest Berpindah
Akhirnya bapanya membawa mereka anak beranak berpindah dari kawasan perlombongan ke kawasan perkampungan di Iowa. Di situ mereka lebih dekat dengan alam sekitar. Udara segar dan makanan yang kurang tercemar.
Ibunya terus usaha agar anaknya sihat macam anak-anak lain. Walaupun Forrest kaku tidak berdaya tapi ibunya sangat positif. Hinggalah Forrest menginjak umur 4 tahun dan dia boleh bangkit dengan sendiri buat pertama kali!
Ramalan Doktor Yang Tidak Menjadi
Daripada ramalan hidup sampai 8 tahun saja, Forrest membesar sihat dan menjalani zaman kanak-kanak dan remaja yang sempurna. Beliau mendalami ilmu chiropractic dan membuka sebuah pusat rawatan terbabit apabila meningkat dewasa.
Berinspirasikan kisah hidupnya sendiri, Forrest rajin mengkaji kehebatan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Beliau mendapati kebanyakan masalah kesihatan berpunca dari masalah kurang nutrisi dan terlebih makan.
Dr Forrest Cipta Vitalize Mineral Pertama di Dunia
Pada usia 21 tahun, beliau mencipta satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan, Vitalize Mineral yang sekarang dikenali sebagai Vita-lea (Vita Lize improved formula) dan sentiasa mendapat permintaan ramai terutama ibu hamil. Bayangkan, dicipta pada tahun 1915 dan masih ada sehingga hari ini, lebih 100 tahun umur vitamin ini!
Bakal berada di pasaran pertengahan Jun 2023 ini. |
The First Flying Doctor in Iowa
Dengan kemahiran chiropractic dan nutrisi yang beliau ada, Forrest berazam untuk menolong orang yang sakit dan tak mampu datang jumpa dia. Dengan kerjasama oleh Wilbur dan Orville Wrights, Forrest menjadi flying doctor pertama di kawasannya.
Disebabkan kerjanya berkaitan dengan tulang, Forrest terdedah kepada sinar x-ray dari prosedur di kliniknya. Sekali lagi Forrest diuji. Beliau disahkan mengidap kanser yang tak boleh disembuhkan, dan beberapa anggotanya perlu dipotong. Dan beliau dijangka tidak akan bertahan lama.
Self-healing Dari Kanser
Dari pengalaman hidup yang lepas Forrest tak mahu hanya berserah. Antara motivasi Forrest adalah dia ingin terus berbakti. Lalu beliau menjual kliniknya, pindah lagi ke kawasan ladang dan mula dengan regime pemakanan berasaskan herba dan buah-buahan serta suplemen buatannya dengan kuantiti yang banyak.
Pada ketika ini beliau membuat kombinasi 9 herba untuk detoks maka terhasillah Herb-Lax yang masih ada di pasaran sehingga hari ini. Selain Alfalfa, Herb-Lax adalah signature formula Dr Forrest.
Setahun selepas itu, Forrest sembuh sepenuhnya dan bebas kanser. Tapi klinik yang dikunjunginya tak percaya Forrest sembuh hasil dari menjaga pemakanan dan suplemen.
The First Drugless Clinic
Forrest kembali buka klinik, dan menjadi "first drugless clinic". 5 tahun selepas tu, kliniknya terbakar, dan Forrest ubahsuai kenderaannya menjadi motorhome untuk bawa keluarganya pindah ke California. Di situ beliau buka klinik dan sambung belajar dalam bidang kesihatan.
Itulah kisah inspirasi Dr Forrest C Shaklee. Ketika dilahirkan seolah-olah tiada harapan hidup, yang diramal akan mati sebanyak 2 kali. Sikap positif, tak nak mengalah dan kembali kepada alam semulajadi, ciptaan Allah, menjadikan Shaklee terus berbakti hingga ke hari ini.
"Follow the law of nature, you will never be wrong."
Ini antara banyaknya kata-kata motivasi Dr Forrest yang dipegang oleh pengedar-pengedar Shaklee hari ini. Kami semua nak berbakti dan berkongsi suplemen yang terbaik yang terbukti berkesan untuk meningkatkan tahap kesihatan tanpa apa-apa mudarat dan kesan sampingan.
Penyambung Legasi Dr Forrest C Shaklee
Setiap pengedar Shaklee sangat komited untuk menyambung legasi Dr Forrest C Shaklee yang percaya alam semulajadi adalah jawapan kepada kesihatan tubuh badan yang menyeluruh. Dan setiap satu vitamin yang dihasilkan pasti mengubah tahap kesihatan menjadi lebih baik InsyaAllah.
Semoga kisah hidup Dr Forrest C Shaklee turut memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus percaya pada diri sendiri, bangkit dan lihat peluang dalam musibah dan sentiasa beri yang terbaik terutama untuk kesihatan diri keluarga dan orang sekeliling kita.
Rekomendasi Produk Shaklee Secara Percuma
Nak dapatkan rekomendasi produk suplemen apa yang terbaik untuk anda?
#NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023
Comments
Post a Comment