Minum ESP Suami Puji Kulit Tak Kusam Macam Dulu

Assalamualaikum. Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt selalu.

Alhamdulillah tahun ini dah 9 tahun jadi pengguna produk suplemen Shaklee. Walaupun kali pertama dengar nama Shaklee ni bukan lah 9 tahun lepas, tapi sejak sekolah rendah lagi. Waktu tu Mak kena buat operation buang kedua-dua belah ovari. 

SIDE EFFECT OPERATION BUANG OVARI

Masa operation tu, umur Mak masih awal 40-an tapi dah ada 9 orang anak Alhamdulillah. Sebab tu doktor nasihat buang ovari. Lepas operation, side effect paling ketara yang diba nampak pada Mak adalah - emosi tak stabil. Memang doktor dah bagitau awal-awal pun. Dan doktor cakap Mak akan lebih cepat nampak tua dari usia sebab dah takde ovari untuk produce hormon, risiko forced menopause dan kebarangkalian tinggi untuk dapat masalah kesihatan seperti sakit jantung, osteoporosis, penyakit neurologi etc.

Inilah detik permulaan kami kenal Shaklee.

Atas nasihat doktor untuk consume suplemen, sepupu Mak suggest beberapa produk untuk dimakan lepas operation untuk recovery process dan untuk support fungsi ovari yang hilang. 

Mak memang religiously makan setiap satu suplemen tu dan Alhamdulillah hari ini, di usia 67 tahun Mak sihat walafiat. Condition kesihatan Mak jauh lebih baik dari jangkaan doktor. Selain suplemen, amalan rohani, sokongan keluarga, diet harian yang sihat dan sikap yang positif antara faktor kepada tahap kesihatan Mak yang baik.

Mak waktu tunai umrah Disember 2022.
Alhamdulillah Allah izin buat umrah 4 kali.


SUAMI TEGUR KULIT TAK KUSAM MACAM DULU

Ini cerita testimoni Shaklee diba sendiri walaupun biasa-biasa je mungkin tapi penting sangat untuk dikenang. Kali pertama cuba produk Shaklee adalah B complex. Daftar ahli sebab nak beli B complex untuk masalah low blood pressure. Asyik rasa nak pitam je. Consume B Complex Alhamdulillah bacaan tekanan darah tetap rendah tapi cergas takde dah nak pitam.

Kemudian terjebak dengan Vitamin C sebab nak kulit cantik. 

Seterusnya ESP sebab perlukan breakfast yang cepat, kenyang dan sihat. 1 tong ESP tahan sebulan kan. Masuk tong ke-3, entah dari mana tiba-tiba suami tegur kulit diba dah tak kusam macam dulu. Hahahaha! Rupanya selama ni kusam la ye? Ohmyyyyy rasa macam cantik dah rupanya kusam hahaha.

Bila baca-baca baru lah faham. ESP ni protein. Protein adalah nutrisi asas yang paling penting untuk sel, apa lagi sel kulit sbb sel kulit sel paling besar pada tubuh badan manusia. Mungkin sebelum tu diba tak cukup makan protein sebenarnya, kulit pun tak dapat khasiat penuh memang kusam la kan. 

Sebab suami puji tu lah, terus setia minum ESP sampai ke hari ini. Dah 7 tahun minum ESP. Selain kulit lebih sihat dan halus, ESP ni la punca diba tak gemuk-gemuk. Berat badan maintain je 50kg. Dan dah boleh puasa tanpa sakit perut gastrik. Bagus betul ESP ni banyak manfaat. Sebab tu masih setia minum setiap pagi. 


Waktu mula-mula nak  cuba ESP tahun 2017



Lepas 7 tahun setia minum ESP banyak beza kan?


Nak cerita testimoni Shaklee yang lain memang banyak lagi. Alhamdulillah dah rasa macam-macam manfaat sebab tu sanggup spend duit khas untuk beli vitamin. Tak perlu beli setiap bulan pun sebab kebanyakan vitamin Shaklee tahan lebih sebulan. Yang mana perlu setiap bulan tu pun tetap beli juga anggap pelaburan untuk kesihatan.

Sihat ni, betul-betul nikmat yang paling perlu dijaga dan disyukuri. Berapa ramai orang sakit yang harap boleh putar balik masa sebab nak mula jaga kesihatan dari awal. Kita yang tak diuji dengan apa-apa sakit ni, jom kita jaga sebaiknya. Boleh mula dengan makan vitamin asas - Multi vitamin, Vitamin C, B complex, Fish Oil dan protein ESP.

Consultation Produk Shaklee Secara Percuma

Nak dapatkan consultation suplemen apa yang terbaik untuk anda? 

Boleh hubungi saya di talian 016-3334945 (Adibah) atau klik link https://wasap.my/60163334945/consultationshaklee



#NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023








Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Memilih Vitamin Shaklee Berbanding Jenama Lain?

Set Mengandung Shaklee Terbaru 2023 Kolaborasi Bersama Tanamera

Mencari Bisnes Online Terbaik di Malaysia ?