Assalamualaikum. Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa.
Jika anda sedang membaca entry ini, semestinya anda sedang hamil dan mencari info tentang vitamin untuk wanita mengandung. Alhamdulillah, tahniah! Anda buat keputusan yang tepat untuk mengambil vitamin, kerana seorang ibu hamil memerlukan nutrisi yang lebih dari biasa, lengkap dan mencukupi untuk pastikan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan sihat.
Vitamin Untuk Wanita Mengandung
|
5 nutrisi asas yang penting untuk wanita mengandung
|
Ok jom kita tengok setiap satu nutrisi ini, apa kepentingan nya untuk wanita mengandung :
1- Protein
Protein adalah nutrisi asas untuk semua orang. Tetapi, untuk ibu mengandung pengambilan protein perlu la betul-betul mencukupi untuk menyokong pembinaan sel-sel tubuh bayi yang sihat. Kelebihan protein ESP selain ianya protein tumbuhan tanpa kolesterol, ia memberi tenaga kepada ibu terutama ketika alahan, membantu kawal kenaikan berat badan secara seimbang dan boleh mengurangkan risiko eczema pada bayi.
2- Acid Folic
Wanita yang merancang untuk hamil hendaklah mengambil Asid Folik seawal 6 bulan sebelum merancang dan meneruskan pengambilannya sehingga melahirkan anak. Ramai ibu-ibu yang ambil mudah tentang asid folik, yang akhirnya memberi kesan kepada bayi iaitu penyakit spina bifida. Lebih bagus jika amalkan acid folik bersama vitamin b lain supaya lengkap fungsinya.
3- Zat Besi
Antara simptom biasa yang dialami oleh ibu hamil yang kekurangan zat besi termasuklah pening kepala, rasa mual, keletihan berpanjangan, mengah dan boleh pitam. Sebenarnya ini adalah simptom-simptom anemia atau kekurangan sel darah merah. Ibu hamil akan kehilangan zat besi dengan lebih cepat untuk tumbesaran bayi. Jadi penting untuk si ibu memastikan zat besi yang diambil lebih dari biasa dan diserap seoptimum yang mungkin. Ya, zat besi adalah nutrisi yang sukar diserap jika tak cukup 'catalyst' nya, iaitu Vitamin C. Baca kelebihan Vita-Lize
di sini.
4- Vitamin C
Fungsi vitamin C yang paling kita semua tahu adalah untuk kuatkan sistem imun. Wanita mengandung perlu gandakan pengambilan vitamin c kerana kehamilan menyebabkan sistem imun menjadi lebih lemah dari biasa. Ibu hamil biasanya lebih mudah terjangkit demam, batuk dan selsema dari orang sekeliling. Kerap demam ketika hamil sangat tak bagus dan boleh membahayakan kandungan.
5- Kalsium
Pernah dengar tak, ibu hamil yang luruh giginya? Ataupun gigi tercabut ketika sedang melahirkan? Haa jangan main-main bila si ibu tak cukup kalsium, memang itulah risikonya. Bayi dalam kandungan akan menggunakan simpanan kalsium ibu untuk membentuk tulang yang sihat. Jadi si ibu perlu lah menggandakan pengambilan kalsium untuk ganti semula kalsium yang diambil oleh bayi. Jangan sampai rapuh tulang dan gigi ibu. Kelebihan Ostenutrix, ia lengkap dengan mineral lain untuk penyerapan kalsium segera dan membantu mengatasi masalah kejang otot ketika tidur, sembelit, bantu tidur lena dan mengurangkan keletihan.
Ibu-ibu yang nak dapatkan ready stock set vitamin asas untuk wanita mengandung seperti dalam gambar di atas berserta konsultansi lengkap cara dan jadual makan yang sesuai, boleh hubungi saya Adibah 016-3334945 atau klik saja link Whatsapp di bawah :
https://wasap.my/60163334945/naksethamil
https://wasap.my/60163334945/naksethamil
https://wasap.my/60163334945/naksethamil
#NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023
Comments
Post a Comment