5 Sebab Penting Kenapa Wanita Perlu Amalkan CoQ Trol Plus

Assalamualaikum. Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt sentiasa.

CoQ Trol Plus antara nutrisi yang jarang kita dengar tak macam Vitamin C, fish oil, kalsium ataupun multivitamin lain. Rugi tau kalau tak kenal CoQ Shaklee ni terutama golongan wanita kerana hanya dengan satu jenis nutrisi ini saja boleh bantu wanita lebih sihat, kuat dan cantik, dalaman dan luaran.

Coenzyme Q10

Tubuh badan manusia secara amnya mengandungi 37 trillion sel. Setiap sel tersebut mempunyai penjana tenaga atau 'powerhouse' yang dipanggil mitokondria. Anggap lah mitokondria ni macam kilang tenaga. Dari mana tenaga ini dihasilkan? Itulah fungsi Coenzyme Q10. Mitokondria memerlukan Coenzyme Q10 untuk hasilkan tenaga. 

CoQ Trol Plus 

Tapi CoQ Trol Plus jauh lebih special dari Coenzyme Q10 kerana ada Trol di belakangnya iaitu Resveratrol dan Tocopherol. Gabungan kedua-dua nutrisi penting dan hebat ini lah yang menjadikan CoQ Trol Plus suplemen terbaik untuk diamalkan golongan wanita. Jom kita baca 5 sebab penting kenapa wanita kena makan CoQ Trol Plus Shaklee.

1 - Energy Booster 

Wanita yang dah berkahwin, ada anak-anak dan bekerja pula, kena pastikan tubuh badan sihat dan bertenaga untuk uruskan hal rumahtangga, kerja di pejabat, bisnes dan macam-macam urusan lain. Penat tu kadang-kadang rasa nak give up duduk je tak buat apa kan. Jadi dengan adanya bantuan dari CoQ Trol Plus sekurang-kurangnya badan cukup zat dan lebih bertenaga untuk melalui hari-hari yang sibuk itu. Mind you, jangan biar badan kita penat berpanjangan lama-lama boleh burn out, depresi. 

Bila makin berusia pula, kita rasa makin cepat penat walaupun tak buat kerja bera



t sebab mitokondria makin kurang hasilkan tenaga. Jadi kita kena lah bantu mitokondria hasilkan tenaga segera paling mudah makan CoQ Trol Plus setiap hari.

2 - Atasi Masalah Kesuburan

Pengalaman sendiri, doktor cadangkan pengambilan Coenzyme Q10 minimum 200mg sehari (2 capsule CoQ Trol Plus) untuk wanita yang sedang berusaha untuk dapatkan zuriat. Jumlah rizab telur wanita semakin berkurang seiring dengan peningkatan usia. CoQ10 bantu melindungi telur wanita dari kerosakan oxidatif. Peluang untuk hamil lebih tinggi jika kuantiti telur sikit tapi sihat dan berkualiti, berbanding banyak tapi rosak. 

3- Kesihatan Jantung

Penyakit jantung adalah penyakit yang menjadi punca kematian tertinggi di Malaysia. Nisbah pesakit lelaki dan wanita pun hampir sama. Salah satu nutrisi untuk menjaga kesihatan jantung adalah CoQ10 dengan cara menstabilkan tekanan darah dan mengawal keseimbangan kolesterol. 

Jika anda sememangnya ada penyakit jantung dan sedang diberi ubat statin, anda memerlukan CoQ Trol Plus. Berdasarkan kajian, statin memberi kesan sampingan pada tubuh iaitu merendahkan penghasilan tenaga oleh mitokondria. Dapatkan nasihat doktor anda berkenaan ini.  


4 - Kecantikan Kulit

Perempuan mana yang tak suka cantik dan awet muda kan? CoQ 10 boleh mencantikkan kulit dengan cara berikut :

  • bantu penghasilan kolagen dan pastikan kulit anjal, 
  • kurangkan kedutan dan garis halus 
  • kekalkan kelembapan kulit
  • dan to my surprise ia bertindak sebagai sunscreen melindungi kulit dari sinar UV! 
Ok mulai hari ini kena rajin makan CoQ Trol Plus. Bagus untuk tenaga, jantung pun sihat, meningkatkan kesuburan dan mencantikkan kulit pula.

5 - Seimbangkan Hormon

Wanita dan masalah hormon berpisah tiada. Setiap masa hormon wanita sentiasa berubah-ubah terutama mereka yang ada masalah tyroid. Hormon sentiasa tak seimbang. Syukur ada CoQ Trol Plus boleh bantu kawal penghasilan dan tindakan hormon termasuklah mood swing, haid tak teratur dan hot flashes di kalangan wanita menopause.

Bila hormon seimbang, kesihatan seluruh tubuh lebih baik.



Banyak betul kepentingan CoQ Trol Plus untuk wanita kan? Jadi jom amalkan mulai hari ini. Boleh hubungi saya di talian 016-3334945 (Adibah) atau klik link di bawah untuk dapatkan CoQ Trol Plus :

https://wasap.my/60163334945/nakCoQtrol

https://wasap.my/60163334945/nakCoQtrol

https://wasap.my/60163334945/nakCoQtrol


https://www.healthline.com/nutrition/coenzyme-q10
https://longevity.technology/lifestyle/9-coenzyme-q10-health-benefits-for-women/#:~:text=Supports%20fertility%20and%20reproductive%20health,that%20influence%20the%20reproductive%20system.

#NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

Comments

Popular posts from this blog

Minum ESP Suami Puji Kulit Tak Kusam Macam Dulu

Kelebihan Vita Lize Multivitamin Shaklee Inovasi Vitamin 100 Tahun

Kenapa Saya Memilih Vitamin Shaklee Berbanding Jenama Lain?