Tips Travel Roadtrip 3 Hari 2 Malam ke Hatyai Thailand

 Assalamualaikum. Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt sentiasa.

Tajuk entry kali ni adalah tips travel roadtrip ke Hatyai. Haa kalau sebut Hatyai sure ramai tahu kan syurga makanan dekat sana. Banyak sangat travel agent open trip ke Hatyai untuk food hunting, sama ada naik train atau naik bas. Tapi saya nak share tips untuk sesiapa yang nak drive sendiri. Jom!

1) Kereta

Lebih mudah bawa kereta sendiri (geran kereta nama sendiri) berbanding pinjam atau sewa kereta. Ya, copy geran kena bawak ya nanti kena tunjuk masa que dekat Imigresen. Kalau bukan kereta sendiri, kena ada surat kebenaran dari owner (info ni kurang pasti boleh check sekarang mcm mana). Bila sampai dekat Imigresen Thailand, hanya owner kereta saja yang boleh drive, orang lain kena turun beratur cop passport. 

Oh sebelum tu, pastikan beli insurans kereta tau. Malang tak berbau, apa-apa jadi at least ada la coverage sikit. Pastu kalau kereta ada dashcam lebih baik, senang nak buktikan kalau kita tak salah.

Parking pulak, jangan la buat hal park tepi kedai sukahati. Masa dekat Kim Yong market ada 'King' kena clamp ya tak pasal melayang 1000baht nanti. Dah la kena setel kat balai polis bikin kacau mood je nanti. Parking dalam petak yang disediakan. Pastu jangan lawan arus bila parking ya, polis trafik boleh tau. Memang kena saman jugak.

2) Imigresen

Kami pishangggg masa dekat Imigresen ni. Nak masuk memang kena que panjang dah takpe la. (standby duit tepi kena bayar dekat pegawai dia panggil tip/duit ot 50 baht gitu). Ingatkan lepas dah cop passport setel, rupanya kena que lagi sekali dekat bahagian belakang bangunan imigresen tu (ada signboard hijau) untuk isi custome declaration form. Kalau takde form ni guard yang jaga last checkpoint tak bagi masuk. Dia suruh berenti tepi (kalau traffic clear) or patah balik masuk ikut que kereta yang nak cop passport tu pegi isi form tu. Masa ni la kena tunjuk geran kereta. 

Masa ni mood dah kelaut sebab letih que lagi sekali tapi sabar je lah nak buat macam mana kan kita masuk tempat orang kena la ikut rules. Sebelum balik nanti dekat Imigresen nak keluar sempadan kena return custom declaration form tu ya jangan hilangkan. Simpan baik-baik dalam dashboard.

3) Hotel

Hotel ni preference masing-masing la suka tempat macam mana. Kalau memang nak food hunting Hatyai saja boleh je stay hotel yang jauh sikit sebab drive sendiri kan. Kalau suka bawah hotel ada street food, boleh book area Lee Garden. Kami pilih Signature Hotel dalam 15 minit ke bandar sebab nak hotel baru yang selesa tak sesak. Harga pun murah RM330 untuk 2 malam 2 bilik. 

4) Makanan Halal

Makanan halal memang senang je dapat. Orang Malaysia memang bersepah kat sana food hunting. Kalau drive sendiri senang kita boleh arrange itinerary sendiri kan. Kalau rasa penat boleh balik awal rehat esoknya keluar awal pagi. 

Cuma, jangan terkejut la kalau pergi sesetengah tempat macam pasar malam diorang gerai makanan halal sebelah-sebelah je dengan gerai jual babi golek. Makanan diorang memang bercampur tempat. So pilih-pilih la tempat nak makan ye. Pastikan tak syubhah. Jangan sebab nak rasa semua kita main langgar je. Dekat Thailand Muslim memang minoriti so tak pelik la.

Ada sekali tu kami pergi mall Central Festival, saja nak usha food court apa ada. Tengok satu-satu gerai, sekali ada sorang seller tu sebut 'babi babi' sambil senyum, terus kteorang pusing hahaha. 7E pun sama. Kena baca label satu-satu. Makanan dia bercampur je yang ada babi dengan takde. 

Antara restoran halal yang kami sempat pergi :

  • Kai Tod Decha
  • Dimsum Chabura
  • Klong Hae Floating Market
  • Asean Night Bazaar
  • Bung Sem Muslim Food, Samila Beach 


5) Tempat Menarik

Tujuan utama nak makan Tomyam je, so takde la jalan-jalan sangat. Cuma sempat melawat dan solat di Masjid Songkhla, cantik tau masjid ni. Ada pasangan baru lepas nikah masa kami datang haha. Sempat ke pantai Samila beach buat ghaso-ghaso. Banyak je tempat lain boleh pergi tapi kami nak santai-santai je. So mana yang sempat je la.

Itulah serba sikit pengalaman roadtrip 3 hari 2 malam ke Hatyai. Kami berempat naik satu kereta dari KL/Klang. Transit Ipoh jap rumah parents masing-masing. Sebelum Subuh kami bertolak. Singgah beli insurans kereta dekat Naluri Aman area Bukit Kayu Hitam sebelum sampai ke sempadan. Harapnya membantu la tips travel yang tak seberapa ini ya. Nak repeat lagi tak? Mesti la nak! Teringat-ingat tomyam dengan teh ais sedapppp.


Comments

  1. Wah. best tips. terima kasih sebab share. Jemput singgah blog saya https://suplemenhebat.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Set Mengandung Shaklee Terbaru 2023 Kolaborasi Bersama Tanamera

Kenapa Saya Memilih Vitamin Shaklee Berbanding Jenama Lain?

Mencari Bisnes Online Terbaik di Malaysia ?