Tips Bisnes Online Untuk Jana Pendapatan Tambahan

Assalamualaikum. Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt sentiasa.



Baru-baru ni saya terbaca satu perkongsian di Facebook yang bertanya sama ada dia patut teruskan kerjanya yang bergaji RM1800 dengan perbelanjaan seperti yang ditulis. Ada salah satu komen yang ditinggalkan pada posting ini, mencadangkan agar beliau berhenti kerja dan mulakan bisnes online dari rumah saja. 

Mulanya saya macam nak setuju, tapi bila fikir semula tak perlu berhenti kerja. Gunakan kelebihan bekerja itu untuk jana pendapatan tambahan.


Pilihan lain yang beliau ada yang saya suggest - teruskan bekerja, walaupun nampak macam tak berbaloi tapi sabar sekejap DAN mulakan bisnes online. Ya, mulakan bisnes online sambil bekerja, dan hanya berhenti apabila pendapatan dari bisnes makin stabil dan boleh dijadikan pendapatan utama. Tapi nak buat bisnes apa?

Jom saya kongsi ciri-ciri dan tips bisnes online yang boleh dibuat.

Tips #1 Modal Rendah

Bila bercakap tentang bisnes perkara pertama yang dirisaukan adalah modal. Memang semua bisnes perlukan modal tapi pilih lah bisnes yang modalnya rendah. Bisnes online modal rendah saja sebab tak perlu sewa kedai, tak perlu beli stok berkoyan-koyan untuk susun di rak kedai dan kebanyakannya boleh terus mula bila-bila masa.

Tips #2 Tak Perlukan Banyak Masa

Ada bisnes online yang perlukan sebahagian besar masa untuk dilaksanakan, terutamanya yang melibatkan servis. Pilih bisnes yang tetap boleh dibuat di waktu selingan contohnya waktu awal pagi sebelum siapkan anak-anak/pergi kerja, waktu rehat/lunch dan sebelum tidur. Spend cuma satu atau dua jam sehari, macam-macam kerja bisnes boleh buat. Post iklan di media sosial, buat marketing dan reply wasap customer.

Tips #3 Risiko Rendah

Semua bisnes ada risiko. Bisnes online yang modalnya rendah biasanya risiko juga rendah. Jadi tak perlu risau alami kerugian besar yang melibatkan jumlah wang yang banyak. 

Tips #4 Margin Untung Tinggi

Selaiin margin untuk yan tinggi, penting pilih produk jualan yang ada demand tinggi sepanjang masa. Bukan produk yang bermusim conothnya hanya waktu perayaan saja orang cari. Produk yang sentiasa ada demand dan juga potensi untuk customer repeat order tinggi. Jadi boleh bina databse customer yang besar. Makin ramai beli makin banyak income. 

Tips #5 Ada Bimbingan

Jika kita pertama kali nak mula berbisnes mesti ada banyak benda yang kita tak tahu. Penting ada bimbingan dari support group supaya kita tak lost sorang-sorang. Kalau ada masalah boleh kongsi dan minta pendapat. Lagipun bisnes online ni kalau buat ramai-ramai lebih semangat dan seronok sebenarnya. Boleh upgrade skills dan perbaiki kelemahan untuk close lebih banyak sales. Income pun makin banyak.

Bisnes Online Sambil Bekerja

Ok tak 5 tips bisnes online kat atas? Saya sendiri masih bekerja dan ada bisnes online yang bantu jana pendapatan sampingan 4 angka sebulan. Nak tahu lebih lanjut bisnes yang saya buat?

Boleh hubungi saya di talian 016-3334945 (Adibah) atau klik link https://wasap.my/60163334945/bisnesonline



#NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

Comments

Popular posts from this blog

Minum ESP Suami Puji Kulit Tak Kusam Macam Dulu

Kelebihan Vita Lize Multivitamin Shaklee Inovasi Vitamin 100 Tahun

Kenapa Saya Memilih Vitamin Shaklee Berbanding Jenama Lain?