7 Fungsi Vitamin E Bukan Hanya Untuk Parut

 Assalamualaikum. Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt sentiasa.

Vitamin E, paling famous untuk hilangkan parut terutama parut jerawat. Tapi rupanya siapa yang amalkan setiap hari akan dapat banyak lagi kebaikan lain secara tak sedar. Jom kita tengok 7 fungsi sebenar Vitamin E.

1. Kurangkan 'Oxidative Stress' 

Sebenarnya kan, sel-sel dalam badan kita ni setiap hari mengalami tekanan atau stress yang menyebabkan sel-sel rosak dan, melarat jadi penyakit. Puncanya mudah je, semua berkisar tentag kehidupan kita seharian. Kita busy sangat, letih, stress dekat tempat kerja, kurang tidur, makan tak berkhasiat, memikir banyak masalah yang tak selesai, udara yang tercemar, makanan yang ada kesan racun serangga dan macam-macam lagi. Semua ni nampak normal je kan? Rupanya sel-sel badan kita rosak.

Vitamin E boleh mengurangkan kesan kerosakan sel melalui sifat anti oksidannya yang tinggi. Ada kajian tahun 2021 terhadap pesakit endometriosis yang makan suplemen gabungan Vitamin E dan C selama 8 minggu setiap hari, tahap oxidative stress terus menurun. 

2. Kurangkan Risiko Sakit Jantung

Orang yang ada tekanan darah dan kolesterol/trigliserida tinggi sangat berisiko untuk mendapat sakit jantung. Tetapi dengan pengambilan Vitamin E bersama minyak ikan Omega-3 risiko untuk mendapat sakit jantung boleh dikurangkan.

3. Membantu Pesakit Hati Berlemak (Fatty Liver)

Kebanyakan kes penyakit fatty liver berpunca daripada pegambilan alcohol yang berlebihan. Tetapi untuk mereka yang menghidap fatty liver bukan berpunca dari alkohol, Vitamin E membantu menurunkan enzim ALT dan AST, mengurangkan lemak pada salur darah dan seterusnya membantu meningkatkan kesihatan hati.

4. Boleh Atasi Senggugut Teruk

Dysmenorrhea ataupun period pain yang sangat teruk memang berlaku pada sesetengah wanita. Seharian akan sakit bahagian bawah abdomen, sakit belakang, migraine, cramp perut etc. Gabungan Vitamin E dan Vitamin C boleh mengurangkan sakit ketika datang bulan terutama mereka yang menghidap endometriosis.

5. Kesihatan Kulit

Sebenarnya Vitamin E bukan saja bagus untuk pudarkan kesan parut pada kulit tapi sangat sangat bagus untuk baikpulih kulit yang sunburn, terlalu kering dan gatal. Ada kajian juga untuk masalah kulit eczema tapi bergantung pada keserasian masing-masing. 

6. Bagus Untuk Kesihatan Otak

Kesihatan kognitif seringkali dikaitkan dengan usia. Makin meningkat usia tahap kecekapan otak akan semakin menurun. Jadi Vitamin E bantu kekalkan kesihatan kognitif secara optimum. Jika diambil bersama Lecithin dan Omega-3 hasilnya lebih mantap InsyaAllah.

7. Bagus Untuk Kesuburan Lelaki dan Wanita

Dinding uterus yang nipis adalah salah satu punca masalah ketidaksuburan wanita. Pengambilan Vitamin E setiap hari akan bantu aliran darah yang baik pada arteri dan menebalkan dinding uterus. Manakala untuk lelaki pula, Vitamin E melindungi dinding sel sperma dari rosak dan meningkatkan pergerakan sperma. Pasangan yang sedang usaha untuk dapatkan zuriat boleh pertimbangkan untuk mengambil Vitamin E disamping suplemen kesuburan yang lain. 

Gabungan Vitamin E dan GLA untuk kesuburan.


Untung siapa yang amalkan Vitamin E setiap hari, bukan saja kulit cantik tapi dapat manfaat untuk seluruh tubuh badan. Nak dapatkan Vitamin E dengan harga promosi?

Promosi untuk bulan Ogos 2023 sahaja


Boleh hubungi saya di talian 016-3334945 (Adibah) atau klik link https://wasap.my/60163334945/VitaminEpromo


https://www.healthline.com/health/all-about-vitamin-e#How-much-vitamin-E-should-I-take?

#NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023




Comments

Popular posts from this blog

Minum ESP Suami Puji Kulit Tak Kusam Macam Dulu

Kelebihan Vita Lize Multivitamin Shaklee Inovasi Vitamin 100 Tahun

Kenapa Saya Memilih Vitamin Shaklee Berbanding Jenama Lain?