Meriahnya Hari Raya Open House Sepanjang Syawal

Alhamdulillah, sekejap je masa berlalu. Sedar tak sedar dah 18 hari kita sambut hari raya. Tahun ni raya agak penat untuk Diba dan suami sebab banyak travel. Dengan cuaca panas, jem lagi memang menguji kesabaran. 

Hari raya pertama kami balik kampung di Jitra, Kedah beraya dengan Tok. Raya kedua balik rumah mertua di Kuala Kurau, Perak. Raya ketiga pula balik raya rumah Mak di Ipoh. Raya keempat bergerak pulang ke Klang, Selangor. Haa padat kan? 

Apa pun syukur Alhamdulillah dapat raya dengan keluarga dan saudara mara terutama yang lama sangat tak jumpa tu. Meriahnya hari raya ni bila kita saling kunjung mengunjung ke rumah masing-masing. Kalau sebut hari raya open house lah aktiviti paling wajib ada.

Gather dengan kawan baik since sekolah rendah. 💖

Enjoy makan laksa di Tanjung Piandang. Tq Nora sekeluarga! 💞

Kami sekeluarga seboleh mungkin akan memenuhi jemputan hari raya open house kecuali ada hal yang tak dapat nak elak. Berbaki 10 hari lagi bulan Syawal ni, ramai ambil peluang untuk buat rumah terbuka di hari minggu. 

Kami pun masih ada beberapa jemputan open house di sekitar Lembah Klang. InsyaAllah akan usahakan untuk hadir. Apa pun, yang penting jaga kesihatan ya. Elakkan makan berlebihan. Minum air kosong secukupnya. 


Tq masak lontong sedap sis Farah 💕

Cakap tentang menu open house, 'signature dish' family kami adalah Bihun Kari. Rata-rata tetamu yang datang cakap jarang makan bihun dengan kari. Selalunya mee dan kuehtiaw. Tapi kami memang tiap-tiap tahun wajib ada bihun kari kecuali tahun ni, kami decide buat mee bandung.

Biskut raya pulak, happy betul bila akhirnya jumpa kuih bangkit yang super sedap! Memang teringat-ingat dibuatnya. Cair je bila masuk mulut. Dan tahun ni setelah bertahun-tahun lamanya Mak diba x buat tart nenas, atas permintaan suami, Mak buat juga. Ya Allah sedapnya sama macam masa arwah bapak masih ada dulu. Terus jadi tart nanas paling sedap suami pernah makan, sampai sayang sungguh nak habiskan. Perfect katanya.

Port wajib bergambar setiap kali raya rumah Mak Ngah 😍

Dalam meriah sambut hari raya open ni, jangan lupa ambil peluang untuk puasa enam ya. Besar pahalanya tu seolah-olah berpuasa selama setahun. 

Bulan depan kita sambut Hari Raya Haji pulak ye. InsyaAllah.



Comments

Popular posts from this blog

Minum ESP Suami Puji Kulit Tak Kusam Macam Dulu

Kelebihan Vita Lize Multivitamin Shaklee Inovasi Vitamin 100 Tahun

Kenapa Saya Memilih Vitamin Shaklee Berbanding Jenama Lain?